🏆 KEJOHANAN SEPAKTAKRAW TAHUNAN JABATAN KESELAMATAN KAMPUS KEJURUTERAAN
Tarikh: 9 September 2026 Masa: 1500-1900 Lokasi: Kompleks Sukan KKTSS
Jabatan Keselamatan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Tahunan yang melibatkan penyertaan anggota daripada pasukan syif dan pejabat.
Kejohanan ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan tahap kecergasan dan kerjasama dalam kalangan anggota.
Sebanyak lima pasukan telah berentap dengan penuh semangat dan kesukanan. Keputusan akhir menyaksikan:
🥇 Johan: Pasukan Alpha 🥈 Naib Johan: Pasukan Delta 🥉 Ketiga: Pasukan Pejabat 🏅 Keempat: Pasukan Bravo 🏅 Kelima: Pasukan Charlie
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan atas penyertaan dan komitmen yang diberikan. Semoga aktiviti sukan seperti ini terus menjadi wadah dalam memperkukuh semangat berpasukan, ukhuwah dan kecergasan anggota Jabatan Keselamatan.